Monday, 12 September 2011

ADAKAH PENGAMBILAN SUSU FORMULA UNTUK IBU MENGANDUNG BAGUS SEBELUM MELAKUKAN IUI?

08:08

INILAH PERTANYAAN YANG SENTIASA BERMAIN DIMINDA SAYA ,SETIAP KALI MEMBANTU PATIENT YANG MELAKUKAN IUI.. PERNAH ADA PASANGAN COUPLE YANG DATANG MEMBUAT IUI BERKONGSI PENGALAMAN MEREKA DENGAN SAYA DAN PASANGAN INI ADALAH PASANGAN YANG BERJAYA HAMIL DENGAN KAEDAH IUI. SAYA TIDAK INGAT BERAPA KALI MEREKA MEMBUAT IUI TETAPI MEREKA BERJAYA MEMPEROLEHI CAHAYA MATA DENGAN MELAKUKAN IUI . SAYA MASIH INGAT,MEREKA ADALAH COUPLE BERBANGSA INDIA DAN SUAMINYA MEMPUNYAI MASALAH DENGAN KUANTITI DAN KUALITI SPERMA YANG RENDAH TETAPI SETELAH MENGAMBIL UBATAN TRADISIONAL INDIA IAITU MEMAKAN BUNGA POKOK MURUNGAI, TERDAPAT PENINGKATAN KUALITI DAN KUANTITI SPERMANYA.

HARI MEREKA DATANG KE KLINIK LPPKN ADALAH PADA HARI SABTU DAN MEREKA DATANG AWAL DARI WAKTU YANG DIJANJIKAN,MAKLUMLAH HARI SABTU HARI CUTI UNTUK STAF GOV.. SAYA AGAK TERKEJUT KERANA COUPLE TERSEBUT DATANG LEBIH AWAL DARI SAYA DAN STAF YANG LAIN.INI MENUNJUKKAN MEREKA MEMPUNYAI KEINGINAN YANG TINGGI UNTUK MELAKUKAN IUI. KEBANYAKAN COUPLE YANG SAYA JUMPA UNTUK MELAKUKAN IUI BERPERASAAN TAKUT,TERTEKAN DAN TIDAK GEMBIRA BERBEZA DENGAN COUPLE INI MEREKA SENTIASA TERSENYUM SEOLAH-OLAH SUDAH BERSEDIA DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL.


ADAKAH PERKARA INI JUGA MEMPENGARUHI SUKSES RATE IUI???? SAYA TIDAK PASTI,TETAPI SEKIRANYA KITA FIKIR SECARA LOGIK APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN SENANG HATI TENTU KITA AKAN MENDAPAT SUATU HASIL YANG TERBAIK BERBEZA SEKIRANYA KITA MELAKUKANNYA DENGAN PERASAAN TERTEKAN,HASILNYA TENTU KURANG MEMUASKAN….BETUL TAK????

SELEPAS IUI DILAKUKAN SAYA BERSEMBANGLAH DENGAN SI SUAMI, SI SUAMI BERCERITA ISTERINYA TERLALU EXCITED UNTUK MELAKUKAN IUI KERANA SUDAH LAMA MENUNGGU CAHAYA MATA. SI ISTERI PULA SUDAH MEMULAKAN PENGAMBILAN SUSU FORMULA IBU MENGANDUNG SEBELUM MELAKUKAN IUI DAN AKAN MENERUSKANNYA SELEPAS MELAKUKAN IUI. DENGAN IZIN ALLAH COUPLE INI MENGANDUNG DAN SELAMAT MELAHIRKAN BAYI YANG SIHAT.

SESETENGAH PATIENT HANYA BERANGGAPAN DENGAN MENGAMBIL ASID FOLIC IANYA SUDAH MEMADAI UNTUK MENGANDUNG, ANGGAPAN TERSEBUT PERLU DIUBAH KERANA BANYAK SUPLEMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK SESEORANG WANITA MENGANDUNG. CUBA ANDA BAYANGKAN DI DALAM PERUT ANDA AKAN ADA JANIN YANG AKAN MEMBESAR, ADAKAH PENGAMBILAN PEMAKANAN ANDA TETAP SAMA SEPERTI SEBELUM INI???

TENTULAH TIDAK,SEKIRANYA ANDA LIHAT IBU-IBU YANG MENGANDUNG BAGAIMANAKAH PENGAMBILAN PEMAKANAN MEREKA, TENTU SEKALI BANYAK DAN BERAT BADAN BERTAMBAH KERANA ADANYA JANIN YANG SEDANG MEMBESAR DALAM PERUTNYA..BEGITU JUGALAH DENGAN ANDA SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEJARAH SUSAH UNTUK HAMIL BERMAKNA ANDA PERLU MENGUBAH CARA PEMAKANAN ANDA KEPADA PEMAKANAN YANG SIHAT…SALAH SATU ANTARANYA IALAH DENGAN PENGAMBILAN SUSU FORMULA UNTUK IBU MENGANDUNG SEBAGAI LANGKAH PERMULAAN DALAM PERSEDIAAN UNTUK HAMIL…

JENIS NUTRISI

MANFAAT

KALORI SUMBER TENAGA IBU HAMIL.

PROTEIN PERKEMBANGAN SEL-SEL TUBUH JANIN DAN MENAMBAH BERAT BADAN JANIN.

KALSIUM MENCEGAH KERACUNAN DALAM KEHAMILAN.
MENCEGAH PRE-EKLAMPSIA.
PERTUMBUHAN OTOT, JANTUNG, SARAF, DARAH DAN SISTEM
ENZIM JANIN.

ZAT BESI MEMBENTUK SEL DARAH MERAH IBU DAN JANIN
MEMELIHARA KEHAMILAN AGAR KUAT HINGGA WAKTU BERSALIN.

ACID FOLIC PEMBENTUKAN ORGAN JANIN.•
MEGHINDARI CACAT TULANG BELAKANG DAN GANGGUAN
PERTUMBUHAN OTAK JANIN (KERUSAKAN TABUNG SARAF).

AHA/DHA
PERKEMBANGAN MEMBRAN SEL OTAK.

ZINK
MENINGKATKAN SISITEM KEKEBALAN TUBUH IBU DAN JANIN.

VITAMIN A
MEMBANTU PERTUMBUHAN SEL KULIT, TULANG, DAN MATA JANIN DAN MENGURANGI RISIKO KANSER.

VITAMIN B1
MELEPASKAN ENERGI DARI MAKANAN SEHINGGA IBU MENDAPAT NUTRISI MAKANAN DENGAN SEMPURNA.

VITAMIN B2
METABOLISME ACID AMINO, ACID LEMAK DAN KARBOHIDRAT.

NIACIN
MENGURANGKAN MUAL DAN MUNTAH IBU HAMIL.

VITAMIN B12
PEMBENTUKAN SEL DARAH MERAH, SUSMSUM TULANG DAN SARAF IBU DAN JANIN.

VITAMIN C
PERTUMBUHAN TULANG DAN GIGI JANIN.

IODIN
MENCEGAH KEGUGURAN.
PERTUMBUHAN SEL OTAK JANIN.





Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

© 2013 KESUBURAN/SUBFERTILITI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top