DAPAT KEMBAR 4 DENGAN IUI


MENCERITAKAN tentang bagaimana pasangan itu boleh mendapat anak kembar empat, suami kepada Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, Dr. Hazli Zakaria berkata, ia bermula dengan mereka mendapatkan khidmat perubatan reproduktif di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama, Eimann Arrazi, pada 2004 sewaktu isteri saya sedang belajar di United Kingdom.
"Kami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Kali pertama percubaan kaedah tersebut gagal dan doktor telah memaklumkan kami boleh mendapat anak kembar.
"Setelah percubaan pertama gagal, kami mencuba sekali lagi dan Alhamdulillah selepas tiga minggu kandungan, menerusi pengesanan ultrasound doktor mengesahkan isteri saya mengandung kembar empat." katanya. Dr. Hazli yang merupakan pakar psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) begitu bersedia dengan kehadiran empat kembar yang pasti menggamatkan suasana rumah tangga mereka berdua."

Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.

“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.

"Memang jenuh jugalah apabila keempat-empat menangis serentak. Namun kami telah bersedia untuk keadaan ini."

"Malah kami juga mendapatkan khidmat dua orang pembantu untuk membantu menjaga anak kembar kami." ujurnya.

Tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi ketika proses mengandung, Dr. Hazli dan Dr. Jasmina, hanya membelikan barangan bayi selepas kelahiran anak-anak bertuah itu.

Sumber : Utusan Malaysia Online









Post a Comment

1 Comments

  1. waa seronoknya baca blog ni....alangkah bahagianya andai saya jugak dapat merasa pengalaman sebagai seorang ibu...saya dah 3 tahun berkawin tp masih belum dikurniakan zuriat...saya telah selesai proses iui kali pertama tetapi tidak berjaya..sekarang menanti untuk proses iui kedua..harap berhasil mcm sis jugak...aminn....doakan saya...

    ReplyDelete