RAHSIA KESUBURAN DAN PUASA SUNAT


 RAHSIA KESUBURAN DAN PUASA SUNAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera…Tahukah anda kebaikan berpuasa sunat??? Tahukah pembaca sekalian wasiat peninggalan Kekasih Allah Rasulullah SAW kepada kita???

Artikel saya pada hari ini adalah berkaitan dengan puasa sunat dan kesuburan ; Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Para pembaca pastinya merasa hairan apa kaitanya puasa sunat 3 hari setiap bulan dengan kesuburan seseorang. Tahukah pembaca apabila kita berpuasa, tubuh kita sedang melakukan penyucian jasmani dan rohani. Saya akan terangkan sedikit demi sedikit tentang perkaitan puasa sunat dengan kesuburan.

Apabila kita berpuasa segala kotoran benda asing dan toksik di dalam badan kita dikumuhkan melalui urin, peluh dan melalui stool(najis). JUST DO IT .Tak percaya anda cubalah, mula-mula mungkin terasa penat yang teramat sangat tapi selepas itu anda akan dapat merasai tubuh anda menjadi ringan dan bertambah sihat. Bagi lelaki yang mengalami masalah air mani yang sedikit dan terlalu cair, jika anda berpuasa anda akan dapati air mani anda menjadi pekat dan lebih banyak daripada biasa. Tak percaya JUST DO IT, insyallah akan berhasil.tetapi bagi yang menghadapi masalah yang serius anda perlulah mengambil supplemen tambahan untuk hasil yang lebih baik.Tahukah anda dengan berpuasa system pertahanan kita juga akan dikuatkan kerana semasa kita berpuasa tubuh badan kita dalam keadaan rehat dan dapat memfokuskan untuk membuang segala toksin dalam badan dan menghasilkan antibody untuk pertahanan tubuh kita.

Bagi wanita pula, sekiranya anda berkesempatan berpuasa sunat lakukanlah kerana ianya dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam tubuh anda. Ianya juga dapat membuang toksin-toksin yang menganggu pengeluaran hormone dalam badan anda. Toksin-toksin inilah yang menyebabkan pengumpulan darah-darah kotor(fibroid) yang menggangu tahap kesuburan wanita. Berpuasa sunat dapat mengurangkan symptom senggugut yang teruk. JUST DO IT Tahukah anda berat badan juga mempengaruhi tahap kesuburan wanita??? Sekiranya anda obesity, tubuh anda tidak dapat mengeluarkan hormone dengan normal, jadi dengan berpuasa sunat anda dapat menurunkan berat badan anda. Tak perlu lagi anda berhabisan duit membeli pelbagai produk untuk kurus, betul tak??? so JUST DO IT

Berikut adalah artikel berkaitan kebaikan puasa yang saya temui dan ingin kongsikan dengan pembaca:

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu supaya berjalan lancar tanpa gangguan.Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan,ataupun lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa.
Wallah Huaalam.
INSYALLAH ARTIKEL AKAN DATANG BERKAITAN PUASA SUNAT DENGAN PENYUCIAN ROHANI....

Post a Comment

0 Comments