Monday, 30 May 2011

Signs of Ovulation

Signs of Ovulation

A slight rise in basal body temperature, typically 1/2 to 1 degree, measured by a thermometer

Higher levels of LH, luteinizing hormone, measured on a home urine test

Cervical mucus, or vaginal discharge, may appear clearer, thinner, and stretchy

Tender breasts

Abdominal bloating

Light spotting

Slight pain or ache on one side of the abdomen

Menstrual Cycles

Menstrual Cycles
The average menstrual cycle is 28 to 32 days. Some women have longer or shorter cycles, so the exact timing of ovulation can vary. Here's an overview of a typical 28-day menstrual cycle.

Day 1
Your cycle begins on the first day of blood flow.

Days 2-14 Follicular Phase
The follicles on your ovary become active, and your cervical mucus starts to thin.

Day 14
Ovulation occurs mid-cycle, but can vary from between Day 11 and Day 21 of a woman's cycle. Rising estrogen levels trigger the LH surge, which causes the follicle to ovulate and release an egg. It's important to chart your basal body temperature and LH surge so you know when you ovulate.

Days 15-22 Luteal Phase
After releasing the egg, the follicle produces progesterone, which thickens the lining of the uterus for implantation.

Days 23 to 24
Implantation of a fertilized egg can take place. At this point, hormones produced by pregnancy may be detected by a pregnancy test.

Days 25 to 28
If pregnancy does not occur, your hormone levels begin to fall. The uterine lining sheds, resulting in your period.

Wednesday, 18 May 2011

MITOS TENTANG KESUBURAN

Segelintir masyarakat mempercayai cerita dongeng yang disampaikan dari generasi ke generasi yang lain. Ini kerana mereka tidak mempunyai sumber kepercayaan lain dan tiada pengetahuan tentang sains. Mitos tercipta berdasarkan pengalaman seseorang atau suatu kejadian yang berlaku secara kebetulan. Ianya tiada kajian statistik dijalankan untuk mengkaji kesahihannya. Berikut merupakan mitos berkaitan ketidaksuburan.

Mitos 1 : Kawan-kawan saya telah berjaya mendapat zuriat sendiri selepas mengambil anak angkat. Ia seolah-olah telah menghapuskan sumpahan yang selama ini membelenggu mereka.

Fakta : Banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji peranan anak angkat dalam meningkatkan kesuburan tetapi tiada fakta yang membuktikannya. Terdapat kes di mana pasangan menjalani pelbagai rawatan tetapi masih gagal dan akhirnya berjaya hamil secara semulajadi tanpa rawatan.

Mitos 2 : Setelah beberapa tahun mencuba tetapi gagal, saya pasrah. mungkin semua ini telah ditakdirkan dan tiada cara untuk mengubahnya

Fakta : Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, terdapat penyelesaian bagi semua masalah ketidaksuburan. Selagi anda dan pasangan mempunyai ovum dan sperma, anda masih mempunyai peluan untuk hamil. ART contohnya IVF dan ICSI boleh membantu anda untuk mencapai impian. Sekiranya anda tidak mempunyai ovum atau sperma, anda boleh merealisasikan impian melalui program pendermaan ovum atau sperma.

Mitos 3 : Posisi uterus retroverted (membengkok ke belakang) adalah penyebab ketidaksuburan dan perlu menjalani pembedahan untuk membetulkannya.

Fakta : Posisi retroverted adalah posisi semulajadi uterus dan tidak menyebabkan ketidaksuburan. 20% daripada wanita mempunyai rahim yang retroverted. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 1952, peratus kehamilan bagi wanita yang mempunyai uterus retroverted dan menjalani pembedahan pembetulan adalah lebih rendah berbanding yang tidak menjalani sebarang pembedahan. Retroverted uterus bukannya indikasi untuk pembedahan.

Mitos 4 : Saya berbadan besar. Ramai yang memberitahu bahawa wanita berbadan besar sukar untuk hamil.

Fakta : Ia adalah benar bagi kebanyakan wanita. Sesetengah wanita yang berbulu lebat, mempunyai tubuh yang berotot dan kitaran haid yang tidak teratur berkemungkinan menghidap polycystic ovarian symptom (PCOS) yang boleh dikaitkan dengan ketidaksuburan. Masalah ini boleh ditangani dengan rawatan ubat-ubatan.

Mitos 5 : Kawan-kawan saya memberitahu bahawa senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Fakta : Senggugut tidak punyebabkan ketidaksuburan tetapi punca senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan. Terdapat banyak punca senggugut. Senggugut yang bepunca dari sejenis penyakit yang dipanggil endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan. Kebanyakan wanita mengalami senggugut pada hari pertama haid dan ini dianggap normal.

Mitos 6 : Saya diberitahu bahawa kitaran haid yang tidak teratur adalah punca saya sukar untuk hamil.

Fakta : Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur (beberapa bulan sekali) mempunyai tempoh subur yang sedikit dan peluang untuk hamil berkurang. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh ditangani dengan rawatan ubat-ubatan.

Mitos 7: Saya tidak mengalami tanda-tanda jangkitan pelvis jadi tidak mungkin saya mempunyai masalah tiub tersumbat.

Fakta : Jangkitan pelvis boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tiub fallopian. Kebanyakan wanita yang mengalami jangkitan pelvis tidak menunjukkan sebarang simptom.

Mitos 8 : Pil perancang kehamilan boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Fakta : Terdapat kebarangkalian kesuburan anda akan terjejas dalam tempoh 12 bulan selepas kali terakhir anda mengambil pil pencegah kehamilan. Walaubagaimanapun, kesan ini hanya sementara. 2 tahun selepas pemberhentian pil 80% wanita berjaya hamil dan peratusan ini meningkat kepada 87% selepas 3 tahun dan 89% selepas 4 tahun. Peratusan ini adalah sama seperti wanita yang menggunakan alat perancang kehamilan.

Mitos 9 : Pil kesuburan boleh membantu wanita untuk hamil.

Fakta : Pil kesuburan hanya boleh membantu wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon contohnya polycystic ovarian symptom (PCOS); Ia tidak dapat membantu wanita yang mengalami masalah tiub tersumbat atau uterus abnormal. Anda perlu mengetahui punca ketidaksuburan sebelum menentukan jenis rawatan yang sesuai.

Mitos 10 : Wanita yang mengambil pil kesuburan akan mendapat kandungan kembar.

Fakta : Pil kesuburan akan meransang ovari untuk menghasilkan lebih dari satu telur dalam satu kitaran. Ini meningkatkan peluang untuk mendapat kandungan kembar (4%). Walaubagaimanapun, majoriti wanita yang mengambil pil kesuburan mendapat kandungan tunggal.

Mitos 11 : D&C boleh membantu wanita untuk hamil. (D&C adalah prosedur pengumpulan sampel tisu dari endometrium)

Fakta : D&C adalah prosedur pemeriksaan dan bukan rawatan untuk membantu kehamilan.

Mitos 12 : Masyarakat Cina mempercayai bahawa menjalani D & C berulang kali boleh menyebabkan rahim menjadi lemah dan menjejaskan kesuburan.

Fakta : D&C tidak menyebabkan kecederaan pada uterus. Semasa prosedur D&C hanya sejalur lapisan endometrium diambil untuk pemeriksaan. Keseluruhan lapisan ii akan diperbaiki oleh tubuh secara semulajadi pada kitaran haid yang berikutnya.

Mitos 13 : Ramai yang berpendapat bahawa ketidaksuburan adalah masalah kaum wanita dan tidak ada kena mengena dengan kaum lelaki.

Fakta : ketidaksuburan boleh disebabkan oleh lelaki, wanita atau kedua-duanya. 30% daripada kes ketidaksuburan adalah berpunca daripada wanita, 30% lagi daripaada lelaki dan 30% lagi melibatkan kedua-duanya.

Mitos 14 : Kumpulan darah yang 'tidak serasi' antara suami dan isteri boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Fakta : Tiada hubungan yang mengaitkan kumpulan darah dan masalah ketidaksuburan.

Mitos 15 : Kesuburan, kebolehan seksual dan sifat kelelakian adalah sama.

Fakta : Bagi lelaki, kesuburan bergantung kepada kualiti semen dan tiada kaitan dengan kebolehan seksual mahupun kebolehan seksual. Oleh itu, faktor luaran tidak boleh digunakan untuk menentukan kesuburan lelaki.

Mitos 16 : Kesuburan seorang lelaki boleh ditentukan melalui isipadu dan kepekatan semen.

Fakta : 90% daripada kandungan semen adalah seminal fluid. Kesuburan seorang lelaki ditentukan olehkepada bilangan dan kualiti sperma yand mana hanya boleh ditentukan melalui pemeriksaan mikroskopi (analisis semen). Ia tidak boleh ditentukan oleh isipadu atau kepekatan semen. Walaubagaimanapun, isipadu semen yang terlalu sedikit boleh menjejaskan ketepatan analisis semen.

Mitos 17 : Bilangan sperma seorang lelaki adalah konsisten.

Fakta : Bilangan semen boleh berubah-ubah dan ia dipengaruhi bilangan hari sejak kali terakhir semen dikeluarkan, tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan.

Mitos 18 : Kebanyakan wanita beranggapan bahawa setiap kali mengadakan hubungan seks, mereka berpeluang untuk hamil.

Fakta : Ovulasi adalah satu proses dimana ovum akan dilepaskan dari ovari ke dalam tiub fallopian. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap, ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14. Oleh itu, mengadakan hubungan seks di sekitar hari berlakunya ovulasi berkemungkinan akan menyebabkan kehamilan.

Mitos 19 : Kebanyakan semen keluar semula selepas kami mengadakan hubungan seks. Mungkin ini adalah punca saya gagal untuk hamil.

Fakta : Semen yang keluar selepas mengadakan hubungan seks adalah normal. Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak sperma dan ia mencukupi untuk mensenyawakan telur.

Mitos 20 : Kerap bermasturbasi dan mengadakan hubungan seks akan menyebabkan bilangan sperma berkurang.

Fakta : Terlalu kerap bermasturbasi atau mengadakan seks boleh mengurangkan bilangan sperma dan isipadu semen. Walaubagaimanapun, ia tidak akan menyebabkan ketidaksuburan.

Mitos 21 : Mengubah cara pemakanan dan mengambil makanan tambahan boleh meningkatkan kesuburan.

Fakta : Kajian menunjukkan kekurangan kekurangan nutrien tertentu seperti vitamin C dan E boleh menjejaskan kesuburan. Walaubagaimanapun kes sebegini jarang ditemui. Kajian menunjukkan vitamin E dan zink berupaya untuk meningkatkan kualiti semen.

Mitos 22 : Berserah saja dan keajaiban akan berlaku.

Fakta : Agama boleh membantu kita untuk terus berfikiran positif. Walaubagaimanapun, kita perlu berusaha untuk mencari penyelesaian melalui kecanggihan teknologi perubatan.

Wednesday, 4 May 2011

PEMAKANAN DAN KESUBURAN

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.
Ambillah vitamin tambahan

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat.
Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.
Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan.
Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.
Hindarkan tabiat buruk
Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.
Dapatkan berat badan yang ideal
Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.

PCOS-polycystic ovarian syndrome

Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simtom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS.

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?
PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.

Teori punca PCOS
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simtom dan tanda PCOS?
Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

Haid yang tidak teratur
Tiada haid selama berbulan-bulan
Tiada ovulasi
Pertambahan berat badan yang keterlaluan
Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
Kencing manis
Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan
Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
Ujian darah Progesterone/Testesterone
Ujian darah prolaktin
Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?
Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.

Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

© 2013 KESUBURAN/SUBFERTILITI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top