Friday, 7 August 2015

PROSEDUR UNTUK RAWATAN IUI DI KLINIK LPPKN IPOH

15:33

SALAM kepada pembaca sekalian...









Di sini saya ingin berkongsi maklumat mengenai prosedur rawatan iui di klinik LPPKN Ipoh. Untuk makluman pembaca sekalian rawatan kesuburan@subfertility di klinik ini hanya sampai tahap IUI saja manakala untuk IVF dan ICSI kes akan dirujuk ke LPPKN Kuala Lumpur. Berikut adalah peringkat untuk rawatan IUI

1. PASANGAN WALK IN KE KLINIK LPPKN DAN MEMBUAT PENDAFTARAN.
BAYARAN UNTUK PENDAFTARAN ADALAH(RM40)

2. PASANGAN AKAN DIBERI KAUNSELING OLEH SN YANG BERTUGAS.

3. SEKIRANYA SUAMI BERSEDIA UNTUK MELAKUKAN UJIAN SEMEN ANALISI(SA)(RM25)

4. JIKA TIDAK BERSEDIA SELALUNYA SUAMI AKAN DINASIHATKAN DTG SEMULA UNTUK
SA DGN SYARAT TIDAK MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN SELAMA 3 HARI

5. BAGI ISTERI PULA UJIAN DARAH UNTUK PEMERIKSAAN HORMON
FSH,LH,PADA HARI KE-2>5 HAID DAN PROGESTERONE(HARI21 HAID(RM62)
DAN XRAY HSG(RM160)UNTUK MELIHAT SAMADA TIUB FALLOPIAN TERSUMBAT ATAU
TIDAK.

6. SETERUSNYA TUNGGULAH HARI PERIOD AKAN DATANG

7. HARI KE-2 PERIOD AKAN ADA TEMUJANJI DENGAN DR DAN AKAN DIBERI UBAT
CLOMID UNTUK MAKAN SEHINGGA HARI KE-6 UNTUK PEMBESARAN TELUR.(CLOMID
10PS RM36)

8. HARI KE-10 BUAT SCAN UNTUK LIHAT PEMBESARAN TELUR

9. JIKA SEMUA OK IUI AKAN DIBUAT PADA HARI KE-13(IUI RM 350)

    
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 05-2548623

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

© 2013 KESUBURAN/SUBFERTILITI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top