RAWATAN KESUBURAN DI KLINIK LPPKN IPOH

SALAM,saya ada terbaca dan mendengar cerita dari kawan-kawan tentang LPPKN dan ingin berkongsi maklumat ttg KLINIK LPPKN.

LPPKN adalah ringkasan untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ataupun lebih dikenali pada masa lalu sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara. LPPKN merupakan agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keuarga dan Masyarakat. LPPKN merupakan agensi separa kerajaan, oleh itu anda jangan terkejut sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan berbayar bukan percuma. Walaupun begitu bayaran yang dikenakan tidaklah semahal di klinik-klinik private. Perkhidmatan yang disediakan adalah:

Pengurusan Perancang Keluarga
Pengurusan Saringan Kesejahteraan
Ujian Pap Smear
Rawatan Subfertiliti
Psikoseksual Kaunseling
Pemeriksaan Payudara
Subsidi Mamogram( X-ray pemeriksaan awal breast cancer)

UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT
BOLEHLAH MENGHUBUNGI KLINIK LPPKN IPOH
05-2548623

ATAU

WALK IN
KLINIK LPPKN IPOH
NO 137 JLN DATO ONN JAAFAR
30300 IPOH.
BERHAMPIRAN KLINIK IBU ANAK GREENTOWN

Post a Comment

0 Comments