Friday, 29 November 2013

Sudahkah anda ikhlas???

08:45



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kekuatan keikhlasan

Pada zaman  salafussoleh ada seorang pemuda yang sangat alim dlm melakukan ibadat.beliau akan sentiasa menegakkan amar makruf nahi mungkar dlm masyarakatnya.pada suatu hari beliau mendapat berita tentang kewujudan satu pokok yang amat dihormati dan diagungkan oleh masyarakatnya,beliau merasa sedih dan marah dan terus mengambil kapak untuk menebang pokok tersebut. Apabila beliau sampai ke tempat tersebut, muncul seorang tua yang ingin mempertahankan pokok tersebut.maka berlakula pergaduhan dan pemuda tersebut berjaya mengalahkan orang tua tersebut dengan mudahnya,lalu beliau pun melibas kapaknya untuk  menebang pokok tersebut. Tiba-tiba orang tua itu bersuara dan memujuk pemuda itu agar tidak menebang, dengan membuat tawaran akan memberinya emas setiap pagi selepas solat subuh .maka pemuda itu pun tertarik dengan tawaran tersebut dan tidak menebang pokok tersebut.
Hari terus berlalu dan pemuda itu sentiasa tertunggu-tunggu setiap kali lepas solat subuh menanti ganjaran emas yang dijanjikan oleh orang tua penjaga pokok keramat itu. Hari  terus berlalu dan pemuda itu hidup gembira dengan ganjaran emas yang diterimanya. Pada suatu hari lepas solat subuh emas yang ditunggu tidak muncul,maka pemuda itu menjadi marah lalu mengambil kapaknya untuk menebang pokok keramat,lalu munculla orang tua penjaga pokok.maka berlakula pergaduhan dan kali ini pemuda itu ditewaskan dengan mudah sekali,pemuda itu berasa hairan dan bertanya pada orang tua itu “ bagaimana engkau dapat mengalahkan aku dengan mudah wahai orang tua”,lalu orang tua itu menjawab “Aku Adalah Iblis, Aku dapat mengalahkan engkau dengan mudah kerana engkau tidak ikhlas kerana allah engkau lakukannya kerana engkau marah padaku sebab tidak mendapat emas, tidak seperti mula-mula dahulu engkau dapat tewaskan aku dengan mudah kerana engkau ikhlas kerana Allah untuk mencegah kemungkaran dalam masyarakat engkau”.  Apabila pemuda itu mendengar jawapan iblis ,lalu pemuda itu menangis menyesali akan perbuatannya kerana menzalimi dirinya sendiri.
Berbeza pula dengan kisah teladan keikhlasan para sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq R.A. kisah ini berlaku ketika Abu Bakar Assidiq R.A. menyertai satu peperangan dan ketika itu Abu Bakar Assidiq R.A. berhadapan dengan seorang pemuda quraisy dan pemuda tersebut sememangnya sudah tidak mampu berlawan lagi, lalu pemuda itu “berkata bunuhla aku wahai pembelot quraisy”,lalu pemuda itu meludah pada wajah Saidina Abu Bakar Assidiq R.A. ketawakan beliau dengan bangganya…HaHaHaha.
agak-agak apa yang Saidina Abu Bakar Assidiq R.A. lakukan???Jika kita di kedudukan beliau mesti kita dah pancung kepala pemuda itu kerana marah…tapi Saidina Abu Bakar R.A tidak memancung kepala pemuda tersebut tetapi mengambil pedang dan memberikan kepada pemuda tersebut dan menyuruh pemuda itu bangun dan melawannya. Maka pemuda itu merasa hairan dan bertanya “wahai Abu Bakar kenapa engkau tidak memancung kepalaku sedangkan engkau mampu lakukannya kerana aku sudah tidak berdaya dan tambahan pula aku telah meludah pada wajahmu’ lalu Saidina Abu Bakar R.A Menjawab “ sekiranya aku memancung engkau tadi, bermakna aku lakukannya kerana marah dan ianya sia-sia, tetapi aku ingin memancung engkau kerana Kalimah  Allah Dan Rasulku”. Lalu pemuda itu berkata “ajarkan aku Kalimah Allah Dan Rasulmu Wahai Abu Bakar”,kemudian Saidina Abu Bakar Assidiq Ra mengajar pemuda itu syahadah.Setelah mengucap syahadah,  pemuda itu merasakan ketenangan dan bersemangat untuk membela Kalimah Allah dan Rasulnya, lalu dia bingkas bangun mengambil pedangnya dan berlari  menuju ke medan perang dan menjadi syahid dalam peperangan tersebut….Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar hebatnya sifat ikhlas para Sahabat Rasulullah Saw sehinggakan boleh mengislamkan musuh dalam peperangan….inilah kehebatan keikhlasan..
Kesimpulan dari cerita ini jika kita  buat suatu perkara kerana suatu ganjaran dari makhluk, memang kita akan seronok mendapat ganjaran dari makhluk tetapi akhirnya kita sendiri yang akan rugi kerana ganjaran dari makhluk tidak akan kekal kecuali  ganjaran dari Allah Swt, dan ganjaran dari Allah mungkin kita tidak dapat lihat sekarang tetapi janji Allah Swt itu pasti dan Insyaallah kita akan berjaya dunia dan akhirat…

Moga-moga cerita ini memberi inspirasi kepada kita semua agar sentiasa ikhlas kerana Allah Swt. Insyaallah

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

© 2013 KESUBURAN/SUBFERTILITI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top