السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Saudara-saudariku pernah ada seorang pemuda datang pada Syaikh Bin Baz mengatakan, Wahai Syaikh sudah 7 tahun saya berkahwin tetapi masih belum memiliki zuriat dan syaikh pun memberi jawapan yang mudah iaitu perbanyakkanlah beristigfar. Setahun kemudian datangla pemuda yang sama kepada syaikh dengar khabar gembira iaitu isterinya telah hamil.
Datangla seorang petani kepada Hassan Al Basri dan mengadu padanya sudah lama hujan tidak turun, lalu Hassan Al Basri menjawab perbanyakkan istigfar,maka petani itu memperbanyakkan istigfar dan hujan pun turun.
Kemudian datang seorang fakir mengadu kepada Hassan Al Basri tentang kefakirannya lalu Hassan Al Basri menjawab banyakkan beristigfar, kemudian datang lagi wanita mandul mengadu kepadanya keinginan untuk mempunyai zuriat dan Hassan Al Basri menjawab banyakkan beristigfar. lalu para jamaah yang hadir bertanya kepada Hassan Al Basri adakah apabila setiap kali orang datang mengadu pada engkau maka engkau akan mengatakan "perbanyakkan istigfar"
lalu Hassan Al Basri menjawab tentang firman Allah "Mohonla ampun kepada Allah sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan hartamu dan anak-anakmu,dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalamnya untukmu sungai-sungai (Q.S Nuh: 10-12)
begitulah kehebatan kalimah istigfar disisi Allah SWT..Insyallah moga ianya bermanfaat untuk kita semua.
0 Comments