Pernakah kita berasa bangga dan bongkak dengan kejayaan dan kemewahan kita??? Mempunyai rumah besar, kereta besar dan syarikat besar dan penuh dengan kemewahan….apa yang kita nak, semua kita dapat tidak kira halal ataupun haram…seolah-olah dunia ini kita yang punya.. Adakalanya kita merasa terlalu bangga dan besar dengan diri sendiri dan kejayaan kita. Tidakkah kita sedar bahawasanya kita ini terlalu kerdil di dalam alam ciptaan Allah SWT ini? Sekiranya kita hayati betul-betul tentang penciptaan alam ini kita hanyala debu yang tidak bernilai langsung…kemewahan yang kita ada…kesombongan yang kita ada…kemegahan yang kita ada…kuasa yang kita ada… tidak dapat merubah sedikit pun kejadian alam…manusia ibarat debu yang tiada nilai….tetapi Allah memuliakan manusia…manusia yang bertakwa…..
Entry ini cuba membawa kita untuk merenung seketika hakikat ini. Cuba lihat rajah perbandingan saiz planet bumi di bawah:
Saiz bumi dibandingkan dengan beberapa planet lain
Di antara lima planet ini iaitu Mars (Marikh), Venus (Zuhrah), Mercury (Utarid) dan Pluto, Earth (Bumi) adalah planet yang paling besar. Syukur Alhamdullilah..kita merasa bangga Bumi planet yang besar tetapi bandingkan pula dengan planet lain…
Perbandingan saiz planet-planet dalam galaksi
Bagaimana sekarang? Alangkah kecilnya bumi kita ni dibandingkan dengan planet Jupiter (Musytari) dan planet Saturn (Zuhal). Betapa kecilnya Bumi kita....betapa kerdilnya diri kita ini…masihkah ada kesombongan dalam diri kita???? Lihat rajah ini pula:
Saiz Bumi dibandingkan dengan matahari
Anda nampak saiz planet Bumi??? Tak Nampak bukan…agak-agak manusia ni besar mane ye??? Besar semut kot Atau maybe lebih kecil lagi. Besarkah diri kita???hebatkah kita???? Tetapi matahari bukanlah bintang yang paling besar. Lihat ni pula:
Perbandingan saiz matahari dengan Arcturus
Lihat betapa besarnya bintang Arcturus berbanding matahari! Sekiranya matahari adalah paling besar pada gambar sebelum ini…tapi dalam gambar ini matahari yang paling kecil… Di mana Bumi kita????langsung tidak nampak bukan, tidak dapat dilihat dalam skala perbandingan ini …di mana kita???. Betapa kerdilnya manusia…mungkin seperti bacteria@virus yang tiada nilai...Tapi Arcturus juga bukan bintang paling besar…
Saiz Acrturus dibandingkan dengan Antares
MasyaAllah! Allahuakbar! besarnya bintang Betelgeuse dan Antares ni. Ini baru bintang yang dapat dilihat oleh manusia melalui pengetahuan teknologi sekarang ini yang terbatas. Sekiranya gambar sebelumi ini Arcturus paling besar tetapi dalam gambar ini ianya hanya bintang yang kecil….saiz Bumi sudah tentu teramat kecil, dan manusia sudah tentulah teramat-amat kecil…masihkah kita merasa diri kita hebat???masihkah kita merasa diri kita berkuasa???masihkah kita berasa sombong???
Adakah dengan segala pangkat,kemewahan,kuasa dan segalanya akan membuatkan Allah memandang kita???? Sesungguhnya Allah Maha Besar…segala pangkat,kemewahan,kuasa dan segalanya tiada tandingan dengan penciptaan alam semesta….apa yang kita ada hanyalah ibarat sebesar kuman…tidak cukup untuk membuat penghuni langit kagum pada kita… Allah hanya inginkan manusia yang bertakwa…Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bertakwa….
“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – Surah Al-Ghafir Ayat 57
“ Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang yang bertakwa”. - Surah Al- Qasas 28;83
sabda Rasulullah SAW:
“ALLAH BERFIRMAN KEMULIAAN ADALAH SARUNGKU DAN KESOMBONGAN ADALAH PAKAIANKU. SESIAPA YANG HENDAK MENYAMAI-KU DENGAN SALAH SATU SIFAT INI,TENTU AKU AKAN MENGAZABNYA”
(RIWAYAT MUSLIM NO 2620)
Sekian,sekadar peringatan kepada saya dan kalian semua…sebarkanlah perkara ini,moga kita mendapat pahala berkongsi ilmu dan saling memperingati..Wasalam.
1 Comments
nice n3..
ReplyDeletejgn kita jadikan ksombongan pakaian kita.
kerana yg akn lbh besar nanti ialah kepala kita..