Ikhlasla kerana Allah SWT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ sebelum ini artikel tentang kekuatan ikhlas telah saya kongsikan dan kali ini saya kongsikan mengenai hadis tentang ikhlas moga ianya bermanfaat untuk kita semua InsyaAllah. Ikhlasla kerana Allah jgn jd Golongan yg rugi..... Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,Allah SWT berfirman maksudnya: " sesungguhnya golongan pertama akan diadili pada hari Kiamat kelak ialah: 1. Orang yg mati syahid secara zahirnya.orang tersebut diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg bakal diterimanya dan dia pun melihatnya.akan tetapi lalu dia ditanya: Apa yg telah engkau lakukan?Dia menjawab Aku telah berperang kerana MU sehingga terbunuh sbg syahid. Allah berfirman yg bermaksud Engkau berdusta,sebenarnya engkau berperang dgn niat supaya engkau disebut pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya. Seterusnya Allah memerintahkan kepada malaikat agar org tersebut diheret mukanya dan dihumbankan ke dlm neraka. 2. Orang yg mempelajari ilmu Islam dan mengajarkanya kpd orang lain dn selalu membaca alQuran.orang tersebut diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg bakal diterimanya dan dia pun melihatnya.akan tetapi lalu dia ditanya: Apa yg telah engkau lakukan?Dia menjawab Aku telah mempelajari ilmu agama dan mengajarkannya kpd org lain dan membaca Al-Quran keranaMu. Allah berfirman yg bermaksud Engkau berdusta,yg sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sbg org alim dan selalu membaca Al-Quran supaya engkau disebut qari dan engkau telah pun mendapatkannya..Seterusnya Allah memerintahkan kepada malaikat agar org tersebut diheret mukanya dan dihumbankan ke dlm neraka. 3. Orang yg diberi kekayaan melimpah oleh Allah yg digunakan untuk bersedekah.orang tersebut diperlihatkan kpdnya kenikmatan yg bakal diterimanya dan dia pun melihatnya.akan tetapi lalu dia ditanya: Apa yg telah engkau lakukan dengan hartamu?Dia menjawab tiada satu kesempatan pun yg di dlmnya Engkau suka agar seseorang mengeluarkan sedekah padanya melainkan aku bersedekah didlmnya keranaMU..Allah berfirman yg bermaksud Engkau berdusta,yg sebenarnya engkau bersedekah dgn niat agar engkau dikatakan sbg seorg dermawan dn engkau telah pun mendapatkannya..Seterusnya Allah memerintahkan kepada malaikat agar org tersebut diheret mukanya dan dihumbankan ke dlm neraka. (riwayat Muslim 1905) kesimpulannya moga kita dijauhkan dari perkara ini...ikhlasla kerana Allah dalam melakukan semua perkara agar kita tidak rugi diakhirat esok...wallahualam

Post a Comment

0 Comments