Sebab-sebab hubungan kelamin kurang power dan cara atasinya

18 SX: Petua orang dulu-dulu



 Dulu-dulu biasa didengari orang tua orang tua berkata bahawa untuk menjaga sang suami sebenarnya amat mudah sekali iaitu: Jaga mulut atasnya. Maksudnya jaga makan minumnya. Jaga mulut bawahnya. Maksudnya jagalah kemahuan seksnya. Jagalah minatnya. Maksudnya ialah belajarlah untuk menyukai dan mengongsikan minat suami. Insya-Allah kalau tiga perkara di atas dijaga rapi, memang mudah untuk menjinakkan suami. Perkara 1 di atas agak mudah. Kalau tak pandai masak ikan asam pedas kegemaran suami, boleh sahaja beli di kedai, tetapi kalau perkara 2 tidak dapat dipenuhi, tidak boleh digantikan orang lain atau beli di restoran melainkan ada madu lain. Menjaga mulut bawah suami adalah paling mahal antara 3 garis panduan asas membela suami. Suami yang tidak cukup makan mulut bawahnya ibarat kucing liar yang tidak cukup makan yang akan tercari-cari mangsa. Isteri yang cacat disebabkan tabiaat permakanan tidak akan dapat memberi cukup makan mulut bawah suami dan ini insyaAllah dapat diatasi dengan penjagaan seperti yang saya sebutkan di atas. Di Malaysia ini memang ramai sekali suami berkeliaran di luar rumah ibarat kucing lapar kerana tidak cukup makan di rumah. Saya ingin membawa pembaca kembali kepada masalah berkaitan Puan Masri yang membenci suaminya selepas mendapat anak pertama. Puan Masri sangat gembira dengan layanan bilik tidur dari suami semenjak kahwin namun selepas mendapat anak pertama, layanan seperti dulu sudah menjadi kenangan sahaja. Cukup menyampah bila diminta untuk bersama namun kerana itulah sahaja suaminya, Puan Masri melayani suami hanya kerana terpaksa. Antara masalah utamanya ialah cepat keluar air mani sedangkan isteri baru nak “warm up”. Menurut arwah guru saya, masalah seperti ini boleh dipanggil sebagai sindrom ayam jantan. Ayam jantan boleh berjimak banyak kali namun dalam setiap jimak tersebut, ia akan diselesaikan dalam masa yang sangat pantas iaitu sekadar beberapa saat sahaja. Isteri memang benci suami yang macam ayam jantan ini.

 Dari cerita yang telah saya kupas di atas, adalah satu fakta bahawa hubungan suami isteri di bilik tidur masa kini banyak yang menghadapi masalah. Masalah bilik tidur adalah satu azab dari Allah sebagaimana dijelaskan dalam surah Asy Syura: 30 di bawah.

 Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

 Islam menyerukan umatnya agar bermuhasabah apabila ditimpa masalah. Apakah dosa yang kerap dilakukan oleh umat manusia sehingga Allah memberikan azab dalam hubungan bilik tidur suami isteri?? Segala yang baik adalah milik Allah dan Allah akan memberikan rahmat kebaikan ini kepada orang tertentu saja.

Berkenaan rahmat dan azab ini, sekali lagi saya bawakan dua ayat Al Quran berikut: A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. Al An’aam: 147 Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa. Berkasih-kasihan antara suami dan isteri adalah satu rahmat Tuhan.

Berjimak dengan sepenuh nikmat kepada suami dan isteri juga adalah satu rahmat dari Tuhan. Rahmat-rahmat ini dimiliki Allah dan hanya akan diberikan kepada mereka yang taat kepada Allah sesuai dengan A-li Imraan: 132 di atas. Jadi persoalan penting di sini ialah apakah dosa manusia sehingga rahmat Allah yang begitu dicari manusia tidak diberikan oleh Allah. Sebelum saya menceritakan punca masalah ini, saya ingin membawa pembaca kepada surah Yunus 27 27-“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ……..”

 Orang yang suka mencuri harta orang lain, kelak harta mereka juga akan dicuri oleh orang lain pula. Orang yang suka berzina, anak dan isterinya juga suka berzina sebagai balasan dari Allah. Orang yang suka berzina satu ketika kena aids atau penyakit kelamin. Berbagai bagai lagi azab yang Allah berikan untuk membalas dosa yang diberikan manusia. Berhutang duit zakat, Allah ambil duit dari pelbagai cara lain seperti saman dan kecurian. Inilah yang dinamakan sunnatullah atau kelaziman yang Allah berikan ke atas setiap dosa manusia. Berzina adalah satu dosa besar. Bersubahat dengan zina, di sisi Allah adalah sama seperti pelaku zina.

Seorang yang gemar menonton bahan lucah sebenarnya adalah menggalakkan orang berlakon berzina dan kerana adanya pasaran yang besar sedia menanti, industri bahan lucah berkembang biak. Industri bahan lucah tidak akan berkembang dan tidak akan ada pelakon yang berani berlakon berzina seandainya tidak ada yang sanggup membayar untuk menontonnya. Selain menggalakkan orang berzina dengan menonton perlakuan zina mereka, peminat bahan lucah juga suka menonton aurat wanita yang bukan isterinya. Ini juga adalah satu dosa kesalahan terhadap penontonnya. Semua dosa-dosa ini merangsang nafsu seks penontonnya. Secara mudah saya boleh kategorikan dosa ini sebagai dosa berkaitan seks.

Sebagai analogi, orang yang melakukan dosa berkaitan judi yang membazirkan banyak wang mereka, sebagai azab, Allah memberikan mereka kesempitan hidup yang kerap putus duit sehingga perlu meminjam dari along. Bila berjudi, rahmat kecukupan wang sudah ditarik balik oleh Allah dan menjadilah orang ini sebagai orang yang semakin bermasalah. Sebenarnya, dari pemerhatian sekian tahun ke atas pelbagai manusia, apabila seseorang melakukan dosa berkaitan seks dengan menonton bahan pornografi, rahmat seks ke atas manusia tersebut akan Allah tarik balik sebagaimana orang yang buat maksiat berzina, satu ketika rahmat seks Allah ambil semula melalui penyakit kelamin atau penyakit AIDS.

 Apabila rahmat seks dari Allah ini ditarik semula oleh Allah, antara akibatnya ialah: Apabila isteri berkehendak, suami tak berkehendak. Bila suami berkehendak isteri keletihan dan tidak berkehendak (miss match) Apabila bersama, isteri belum warm up, suami sudah selesai (penyakit ayam jantan). Isteri dah terlebih-lebih puas, suami belum sudah-sudah sehingga isteri naik menyampah. Gaya berjimak digemari suami tetapi dibenci isteri atau sebaliknya. Sakit pada alat kelamin atau sakit pinggang dan sakit lainnya sehingga mengelakkan keinginan nafsu isteri atau suami. Akibat menonton adegan liwat, suami meliwat isteri pada duburnya dan ini menimbulkan dosa besar dan pergaduhan suami isteri yang tidak berkesudahan dan boleh menyebabkan perceraian seperti dialami beberapa selebriti.

 Saya pernah diberitahu cerita seorang guru wanita yang masih muda dan berkahwin bermasalah dengan anunya, hanya dapat bersama suami sekali dalam tempuh dua bulan. Begitulah azab Allah dan sememangnya guru wanita ini banyak sangat dosanya. Cara menangani masalah di atas adalah tidak lain tidak bukan hanya dengan bertaubat nasuha dengan tidak lagi melakukan dosa-dosa tersebut dan kaedah ini adalah sesuai sekali dengan surah A-li Imraan: 132 Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

 Taubatlah dan bila teringin hendak bersama isteri/suami, ambil wuduk dan solat hajat 2 rakaat mohon Allah beri rahmatNya sewaktu anda berjimak. Mulailah jimak dengan bismillah dan doa “Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak-anak yang Engkau kurniakan”. Mulakanlah dengan merangsang pasangan dan bukan dengan terus hendak memasukkan kemaluan semata-mata. Bila seronok tu berzikir dan ucapkanlah alhamdulillah kerana apabila kita bersyukur, insya-Allah Allah akan menambah rahmatnya. Bagi isteri, perlu sekali belajar bahawa suami perlu diberi makanan melalui mulut bawahnya secukup-cukupnya agar tidak kelaparan bagai kucing liar.

 Carilah rahmat Allah dalam melayari bahtera perkahwinan dengan taat mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.ilah. Wallahhu a'lam sumber http://alambukansemulajadi.blogspot.com

Post a comment

0 Comments