Berita Sedih: Rawatan Kesuburan di LPPKN Perak dihentikan

Berita tergempar yang baru kami terima tadi dari Facebook LPPKN Negeri Perak telah update status mengatakan rawatan kesuburan dihentikan seketika sehingga hujung tahun ini. Apakah pendapat anda semua,boleh komen di bawah.. Bagaimana pasangan anak Perak nak mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya perkara ini berlanjutan. Masa dan umur adalah faktor sangat penting bagi rawatan kesuburan kerana kadar kesuburan semakin berkurangan apabila umur bertambah. Apa komen warga TTC Anak Perak... Sekiranya kome semua tidak berpuas hati, kome boleh buat aduan di web KPWKM dan web LPPKN semoga dengan aduan yang dibuat akan memudahkan urusan kome untuk dapatkan rawatan kesuburan...moga dengan aduan kita semua,perkhidmatan ini akan dibuka semula...

Jomla kita buat aduan dekat web KPWKM,tunjukkan kuasa rakyat  TTC. Kami golongan B40 dan M40 perlukan khidmat rawatan kesuburan yang mampu milik dan kepakaran yang terbaik dari Klinik LPPKN.



 

Post a Comment

1 Comments

  1. Kesian dekat pasangan B40 dan M40 yg nak buat rawatan kesuburan di KNS LPPKN Perak..Kos Rawatan di sini lebih murah dan mempunyai kepakaran..

    ReplyDelete