Rawatan Kesuburan Murah dan Terbaik di Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys 😄😄😄. Harini teman nk kongsi sedikit info tentang rawatan kesuburan yang murah dan mantap di Perak. Kome semua mesti pernah dengar cite tentang LPPKN, kalau orang-orang lama mesti kenal Lembaga Perancang Keluarga.Kalau dulu-dulu feymes la misi-misi yang bawal bakul jual ubat perancang dan memberi konsultasi kepada ibu-ibu muda.Ok la, itu nama lama bagi LPPKN atau lebih dikenali sebagai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Korang pernah dengar nama Dr Hamid Arshad dengan Dr Ismail Thamby...mesti pernah kan,terutama geng-geng TTC. Dorangla Legend Sifu dari LPPKN,mereka adalah antara Doktor yang hebat yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada ramai staf klinikal di LPPKN. Tapi itu semua cerita manis dulu-dulu..😃😃😃. Legasi yang telah mereka tinggalkan diteruskan dan dimantapkan lagi sehingga kini.

Rawatan kesuburan di Klinik LPPKN Ipoh telah wujud sejak tahun 2003 kalu xsilap teman, tanya pakcik Google xde jawapanya. Setahu teman dekat sini ada 2 orang doktor pakar iaitu Dr Tham dan Dr Jayabalan. Kalu korang geng-geng TTC mesti korang kenal  Dr Tham dan Dr Jayabalan, sebab dorang antara Pakar O&G dekat Ipoh. Mantap tak perkhidmatan Klinik LPPKN Ipoh, korang mesti teruja kan...Mana korang nak dapat sesi konsultasi Dr Pakar O&G dengan harga yang murah dan kome xperlu beratur panjang untuk tunggu giliran. 
 
Jadi apa lagi yang kome tunggu, jangan tunggu lama-lama nanti menyesal. Datang la buat rawatan kesuburan/subfertility Di Klinik LPPKN sekarang. Bertindak segera...dah jd tagline Ejen Ali pulak😄😄😄..

Ni teman share sikit gambor Klinik LPPKN Ipoh yang berjaya teman jumpa n no telefon Klinik LPPKN Ipoh 052548623












Post a Comment

0 Comments