Kesuburan dan Ageing Population




























Tahukah anda bahawa negara-negara maju sekarang terutama di Asia seperti Jepun,Korea Selatan dan Singapura sedang  mengalami masalah kesuburan dikalangan rakyatnya.

 Apabila masalah kesuburan ini tidak di atasi maka akan lahirla "Ageing Population".Ageing Populatian adalah bermaksud populasi rakyat sesebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk warga emas yang berumur 65 tahun ke atas yang melebihi 7.0% dari populasi sesebuah tempat.

Ketidaksuburan (Infertility)

Ketidaksuburan ini merujuk kepada ketidakupayaan pasangan untuk hamil walaupun telah setahun berusaha (atau lebih), dengan adanya hubungan intim bersama pasangan sekurang-kurangnya 2 – 3 kali seminggu tanpa halangan ataupun menggunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan.

Walaubagaimanapun, bagi wanita berusia 35 tahun dan  ke atas  dinasihatkan tidak menunggu setahun, sebaliknya  digalakkan terus membuat pemeriksaan dan rawatan jika tidak lagi hamil setelah 6 bulan berusaha.

Apakah langkah utama yang perlu kita lakukan jika tidak lagi hamil setelah berusaha?

  1. Berjumpalah dengan doktor, sama ada di klinik kerajaan atau swasta untuk mendapat nasihat serta rawatan.
  1. Pada peringkat awal, doktor akan dapatkan sejarah dan rekod kesihatan yang lengkap daripada isteri dan suami. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan ke atas kedua pasangan.

Pemeriksaan untuk isteri :

  1. Ultrasound atau imbasan scan akan dilakukan bagi mendapatkan gambaran tentang bahagian peranakan termasuk rahim dan ovari.
  1. Pemeriksaan darah bagi hormon reproduktif isteri akan di ambil (paras estrogen, progesterone, FSH, LH,  tiroid & prolactin
  1. Ujian Xray Hysterosalphingogram (HSG) ; bertujuan melihat keadaan dalam rahim dan fungsi tiub falopio juga mungkin perlu dijalankan.

Pemeriksaan untuk suami :

  1. Pemeriksaan air mani (semen analysis). Ujian ini untuk melihat tahap kualiti sperma suami.

Rawatan Kesuburan

  1. Rawatan kesuburan berbeza bagi setiap individu. Doktor akan berbincang semula dengan pasangan mengenai rawatan yang  paling sesuai bergantung kepada umur isteri, keadaan tiub falopionya dan bilangan telur isteri (ovarian reserved) serta kualiti sperma suami.
  1. Bagi wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur, rawatan hormon akan dimulakan bagi melancarkan perjalanan haid terlebih dahulu.
  2. Di klinik, rawatan kesuburan seperti pil Clomid atau Clomiphen boleh dimulakan pada hari ke 2 atau ke-3 haid , selama 5 hari bagi merangsang kematangan telur di ovari. Anda perlu datang semula pada hari ke 12 bagi ulangi scan untuk mengetahui respon ovari terhadap ubat yang telah diambil (follicular tracking). Seterusnya, doktor akan memberi panduan tentang tarikh sesuai untuk bersama suami.
  3. Selain itu terdapat juga rawatan kesuburan seperti suntikan gonadotropin bagi merangsang kematangan telur.
  4. IUI (Intra Uterine Insemination)  atau permanian beradas.                                                   Prosedur ini merupakan salah satu kaedah rawatan kesuburan dengan cara memasukkan air mani suami yang telah dikumpulkan, ke dalam rahim. Pengumpulan air mani ini boleh dilakukan di pusat rawatan atau di rumah. Bagi pengumpulan sampel air mani di rumah, ianya perlu dihantar ke pusat rawatan dengan segera kerana hanya boleh bertahan selama 1 jam sahaja. Anda akan berjumpa semula dengan doktor selepas 3 minggu untuk mengetahui sama ada berjaya mengandung atau tidak.
Tahukah anda bahawa Di KNS LPPKN Ipoh terdapat rawatan kesuburan seperti yang dikongsikan di atas.
Anda boleh Walk In ke Klinik dia alamat No 137, Jalan Dato Onn Jaafar 30300 Ipoh. No telefon 052548623.

Post a Comment

0 Comments