Nak claim ke tak nak claim????




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Macam pelik je tajuk posting kali ni nak claim ke@tak nak. Sebenarnya soal tentang claim ini banyak berlaku kepada pekerja awam yang selalu ada OT ataupun overtime atau bahasa melayunya kerja lebih.

Sesetengah orang berpendapat masa kerja OT la nak dapat duit lebih, maklumla kos hidup dah bertambah-tambah. Tetapi sebenarnya apabila kita claim lebih-lebih duit tersebut sudah hilang keberkatan. Pada masa yang sama kita juga telah menambahkan beban kepada rakyat Malaysia yang hidup susah untuk membayar duit claim kita. Betul tak?? kadang-kadang kita terlupa duit gaji yang kita perolehi ini adalah duit rakyat Malaysia..duit sapa,duit kita. Cuba kita bayangkan sekiranya 1.4 juta pekerja awam membuat claim OT berlebihan maka akan meningkatlah jumlah perbelanjaan negara,sekiranya negara tiada duit??? agak-agak macamane negara nak dapatkan duit. Jawapannya naikkan kos sara hidup rakyat. harga barang naik, minyak naik, rumah naik dan macam-macam lagi.  Betul tak? 

Sesetengah orang berkata 

"rugila kalau tak claim , nanti orang  lain claim banyak-banyak ,diaorang manyak untung". Tepuk dada tanya iman ok ke tak? 

Islam telah mengajar kita agar mempunyai sifat jujur,ikhlas dan amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sifat ini ibarat kembar kepada setiap muslim iaitu takkan terpisah walaupun mati. Kadang-kadang kita terlupa apa tujuan kita bekerja? adakah sekadar untuk memberi keluarga kita makan sehingga kenyang atau mencari kemewahan dengan menindas orang lain. Kerja juga merupakan satu ibadah,sekiranya kita ikhlas bekerja maka kita akan diberi pahala begitula juga sebaliknya. So fikir-fikirla apa tujuan kita bekerja???betulkan kembali niat kita kerana Allah SWT. Setiap kali kita solat kita akan baca doa iftitah dan di dalamnya ada ayat yg bermaksud:      

''Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam''

Cuba kita renungkan kembali, sepanjang kita hidup dan bekerja pernahkah kita tidak dapat makan nasi dan terpaksa makan biskut tanah liat? tak pernah rasenya, jadi kenapa kita nak claim lebih-lebih.

          Haitians eat dirt cookies to survive

pernahkah kita terfikir ramai lagi rakyat Malaysia yang sangat miskin yang tiada rumah, tiada kereta dan tiada duit untuk makan.  Kita sepatutnya bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari mereka yang susah, dan  sepatutnya kita berusaha untuk membantu mereka bukan menindas mereka untuk bermewah. Kita mempunyai pendapatan tetap,walaupun kita tidak bekerja gaji hujung bulan tidak ditolak.

 Kadang-kadang dalam masa 9 jam kita bekerja bukannya full time kerja, betul tak? kadang-kadang hantar anak pi sekolah, pi minum pagila, p lunch la, p hi tea la dan lain-lain. tu dah berapa jam skip kerja tu??? kemudian buat OT plak, fulltime keje ke?berapa jam skip kerja and then claim kaw-kaw kerja tak seberapa. 

Ingatla ye wahai saudara-saudaraku janji Allah SWT bahawa daging yang tumbuh dari sumber yang haram tiadala tempat yang selayaknya melainkan dibakar dengan api neraka.

    Poverty documentary by Sunway student

Sebagai seorang muslim, kita harus berusaha untuk membantu saudara kita tidak kira melayu,cina, india kerana kita semua adala manusia. janganla kita hanya memikirkan periuk nasi kita sahaja tanpa menghiraukan orang lain. Islam telah mengajar kita agar mengasihi saudara kita seperti mengasihi diri sendiri. Tidak akan sempurna Iman kita sekiranya kita tidak mengasihi saudara kita seperti kita mengasihi diri kita sendiri.

kalau kita nak buat claim nanti fikir-fikirla....renung-renungkan dan selamat beramal

Post a Comment

0 Comments