Susah dapat zuriat kerana gangguan jin dan ayat ruqyah




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ni nak share tentang gangguan jin. Kenapa nak cerita??? sebabnya gangguan jin juga adalah punca pasangan suami isteri tdak mempunyai zuriat.

Percaya atau tidak ramai pasangan yang datang membuat rawatan kesuburan di klinik adalah normal. Iaitu pasangan tidak mempunyai sebarang masalah, contohnya bagi suami bilangan sperma yang sihat  dan aktif normal. Manakala bagi isteri pula tiada tiub yang tersumbat,telur bersaiz normal,rahim normal tetapi tiada zuriat setelah bertahun kahwin. sekiranya perkara ini berlaku pada anda, anda bolehla mencuba rawatan alternatif secara Islam. Bukan p jumpa tok bomoh ye, nanti masalah lain pulak  bertambah. contohnya darussalam    Ybhg.Ustaz Dato’ Ismail Bin Kamus, darusyifa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Sinar Zamdurrani Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie

Simptom-simptom gangguan jin :


 1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.


7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.


13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.


19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.


25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.


31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.


37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.


 Meremang bulu roma ye, jangan takut sebab kalau kita takut kepada jin lagi seronok jin menganggu kita. Takutla kepada Pencipta Jin yakni Allah SWT, jin hanya berusaha untuk memesongkan akidah umat manusia daripada mengikut Al Quran dan sunnah. Sekiranya jin berupaya maka jin sudah pasti dapat membunuh kita kerana kita tidak dapat melihat jin tetapi perkara ini tidak berlaku kerana Allah SWT menjaga kita. Sebaliknya mereka hanya menganggu dan menyakiti kita agar kita lemah semangat,kecewa dan berputus asa terhadap pertolongan Allah SWT. 


Apa yang paling penting hendaklah kita berusaha untuk berubat dan yakin bahawa Allah SWT akan membantu kita. Sekiranya doa Iblis kepada Allah SWT telah diperkenankan Allah SWT. Ini kan doa kita sebagai hambanya yang lemah sudah tentu Allah SWT akan menerimanya.  


“Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaan-Mu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hamba-Mu yang dibersihkan” . (Surah Shad, ayat 82 & 83). 

VIDEO AYAT RUQYAH NI BOLEH DI DOWNLOAD DAN DIPASANGKAN DI RUMAH


Post a Comment

0 Comments