Kome semua mesti tertanya-tanya apa beza air mani dan sperma@benih anak ...yela kalu untuk pasangan yang dah berkahwin selama 2@3 tahun dan yang telah melakukan hubungan intim secara normal tetapi tidak juga mendapat anak. Secara normalnya pastinya semua suami akan mengeluarkan air mani, ada yang banyak atau sikit dan pekat atau cair. Tetapi isteri tetap tidak mengandung, sebab apa agak-agaknya??? Sebab itulah apabila kome membuat rawatan kesuburan di mana-mana hospital atau klinik kesuburan akan ada satu ujian Semen Analisis khas untuk para suami.
Ujian Semen Analisis (Klinik LPPKN Ipoh) ini adalah bertujuan untuk memeriksa kualiti sperma@benih di dalam air mani. Air mani adalah cecair yang keluar dari zakar yang bertujuan membawa sperma yang dihasilkan di testis. Kandungan sperma di dalam air mani hanyala 5% dan selebihnya adalah cecair enzim proteolytic yang berfungsi sebagai penebuk dinding ovum dan fruktosa sebagai booster tenaga untuk sperma berenang menuju ke ovum dan sperma boleh survive selama 3 hari dalam rahim.
Jadi janganla kome berasa bangga jika air mani kome bergelen-gelen. Air mani untuk orang normal selalunya 1.5ml hingga 3ml. Walaupun air mani kome banyak tetapi tiada sperma@benih tiada keistimewaannya. Sebab tanpa sperma tiada persenyawaan antara sperma dan ovum untuk penghasilan anak.
Kalau kome malas@segan untuk ke Kinik LPPKN Ipoh@mana-mana klinik kesuburan, teman bagi sedikit tips untuk kome periksa sendiri air mani kome ada kualiti atau tidak. Tipsnya adalah melalui bau air mani kome..air mani yang berkualiti akan berbau seperti Clorox atau bau daun pandan. Seterusnya kome boleh periksa warna air mani tu agak keruh seperti putih kelabu susu, sekiranya warna jernih macam sky jus atau kekuningan something wrong... Kome kena datang Klinik LPPKN Ipoh untuk buat ujian Semen Analisi yang lebih detail. Teman share sikit screenshot untuk Ujian Semen Analisis di Klinik LPPKN Ipoh.... Maafla video xberapa cun tapi kome boleh bandingkan pergerakan dan kelajuan
kuak lentang sperma yang sihat. Kalu kome datang sendiri ke Klinik LPPKN Ipoh video sperma korang boleh dilihat di handphone masing2, inila kelebihan yang ada di Klinik LPPKN Ipoh. Korang boleh request untuk video sperma kome...
0 Comments