السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Halalkah dan
berkatkah rezeki yg kita dapat????
Pernah tak
kita terfikir apabila setiap kali dapat gajj dan bertanya halalkah dan
berkatkah gaji aku ni?Atau sekurang-kurangnya mengucapkan
alhamdulillah…kadang-kadang kita semua terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah
Swt,jadi mulai saat ini kita semua berubah apabila kita dapat gaji maka
ucapkanla Alhamdulillah walaupun gaji kita hanya sedikit.
Ingatlah firman Allah Swt
“Barangsiapa yang bersyukur,maka Aku akan tambahkan rezekinya dan barangsiapa yg kufur tunggula azab siksaku yg pedih”
Secara ringkasnya rezeki yang halal pasti akan membawa keberkatan iaitu gajinya sentiasa mencukupi untuk semua keperluan. Manakala rezeki yg tidak halal dan sudah pasti tidak mendapat keberkatan tidak akan cukup walaupun gajinya berjuta-juta lemon
Ingatlah firman Allah Swt
“Barangsiapa yang bersyukur,maka Aku akan tambahkan rezekinya dan barangsiapa yg kufur tunggula azab siksaku yg pedih”
Secara ringkasnya rezeki yang halal pasti akan membawa keberkatan iaitu gajinya sentiasa mencukupi untuk semua keperluan. Manakala rezeki yg tidak halal dan sudah pasti tidak mendapat keberkatan tidak akan cukup walaupun gajinya berjuta-juta lemon
.Sebagai
contoh bila time dapat gaji je kereta rosak la,anak sakit la,isteri sakit la
dan diri kita juga sakit. Duit gaji habis untuk repair kereta dan bayar rawatan
sakit. Kalau tak jadi macam ni pun kita boleh tengok masalah yg berlaku pada
keluarga kita sendiri sbg contoh anak degil la,suami degil dan isteri pun
degil.Maknanya tiada Sakinah,Mawaddah dan Rahmah dalam rumah tangga iaitu ketenangan,kasih sayang dan rahmat dlm
rumahtangga.,sepatutnya baiti jannati iaitu rumahku syurgaku . Sekiranya perkara ini
berlaku renung-renungkanla apa yang telah kita lakukan semasa bekerja mungkin
kita banyak curi tulang dari bekerja,ada ambil hak pejabat@org lain walaupun hanya
sebatang pen,tipu claim,rasuah dan lain-lain. Ingatlah Allah Swt Maha Melihat dan
ada 2 Malaikat Rakib dan Atiq yg
mencatit perbuatan kita. Sekiranya kita pernah melakukan perkara di atas, masih belum terlambat untuk bertaubat dan mensucikan gaji kita. Antara perkara yang dapat mensucikan gaji kita adalah dengan melakukan amal jariah contohnya dekat pantry tempat kerja kita telah kehabisan gula,biskut, tea dan milo. Kita ambil inisiatif belikan barang-barang tersebut dengan niat untuk sucikan gaji kita. Contoh lain Buat kerja overtime/kerja lebih tetapi kita tidak claim ot atau time off. Selain itu kita juga dianjurkan untuk banyak bersedekah kepada fakir miskin.
Rezeki yg
tidak halal ini umpama seperti kita sedang memasak satu kawah daging kurma dan
tiba-tiba ada orang mencampakkan seketul daging babi. Agak-agak kita boleh tak
makan daging kurma tadi dengan hanya ambil dan buang seketul daging babi
tadi?Berselera tk kita nak makan daging
kurma tadi?Sudah pastinya tidak, begitula perumpamaanya dengan rezeki
yg tidak halal.
Adakah kita
sanggup memberi anak,isteri dan ibu bapa kita makan rezeki yang tidak halal???,
ingatlah pesan Rasulullah Saw” sesungguhnya daging-daging yang tumbuh dari
sumber yang haram maka tempat yg selayaknya adalah dibakar dengan api neraka”
tidakkah kita merasa kesian pada
anak-anak kita,isteri kita dan ibu bapa kita sekiranya kita memberikan mereka
rezeki dari sumber yg haram,jangalah kita menzalimi mereka dan diri kita,kasihanila
mereka dan diri kita sendiri. Para suami jadila kamu pemimpin yang memimpin ahli keluarga kamu ke syurga bukan ke neraka.
Biarlah gaji kita sedikit tetapi ianya mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Ingatla,Janji Allah Swt itu pasti. Moga-moga kita semua akan berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan mendapat keberkatan dari Allah Swt.semoga kita semua menjadi Hamba Allah Yg Sentiasa Qanaah. Insyaallah.Amin
Ingat la
wahai saudara-saudaraku,jika ingin ukur kekayaan kita sekalian, kita tengokla
orang yg berada dibawah kita jgn tengok
orang atas kita,kalau nk tengok juga tengoklah Rasulullah Saw,.rasanye kita lebih
mewah dari Rasulullah Saw…اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Rasulullah Saw tidak pernah makan sehingga
kenyang, sehinggakan Saidina Aisyah RA pernah menceritakan dia dan Rasulullah
Saw pernah hanya mengisap-isap kurma dan sebiji kurma dibahagikan dua.
Rasulullah Saw tidak pernah
tidur di atas tilam yang empuk sehingga Saidina Omar Ra menangis melihat tubuh
Rasulullah SAW berbekas dengan pelepah kurma seraya berkata” Wahai Rasulullah
Saw ,maharaja rom dan parsi tidur diatas tilam yang empuk dan bermewah dengan
kekayaannya,tetapi Engkau adalah kekasih Allah yang dicintai makhluk langit dan
bumi tetapi hidup dalam serba kekurangan”…… َّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اللَّهُمَّ
0 Comments