السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kekuatan keikhlasan
Pada zaman salafussoleh ada seorang pemuda yang sangat
alim dlm melakukan ibadat.beliau akan sentiasa menegakkan amar makruf nahi
mungkar dlm masyarakatnya.pada suatu hari beliau mendapat berita tentang
kewujudan satu pokok yang amat dihormati dan diagungkan oleh
masyarakatnya,beliau merasa sedih dan marah dan terus mengambil kapak untuk menebang
pokok tersebut. Apabila beliau sampai ke tempat tersebut, muncul seorang tua
yang ingin mempertahankan pokok tersebut.maka berlakula pergaduhan dan pemuda
tersebut berjaya mengalahkan orang tua tersebut dengan mudahnya,lalu beliau pun
melibas kapaknya untuk menebang pokok
tersebut. Tiba-tiba orang tua itu bersuara dan memujuk pemuda itu agar tidak
menebang, dengan membuat tawaran akan memberinya emas setiap pagi selepas solat
subuh .maka pemuda itu pun tertarik dengan tawaran tersebut dan tidak menebang
pokok tersebut.
Hari terus
berlalu dan pemuda itu sentiasa tertunggu-tunggu setiap kali lepas solat subuh
menanti ganjaran emas yang dijanjikan oleh orang tua penjaga pokok keramat itu.
Hari terus berlalu dan pemuda itu hidup
gembira dengan ganjaran emas yang diterimanya. Pada suatu hari lepas solat
subuh emas yang ditunggu tidak muncul,maka pemuda itu menjadi marah lalu
mengambil kapaknya untuk menebang pokok keramat,lalu munculla orang tua penjaga
pokok.maka berlakula pergaduhan dan kali ini pemuda itu ditewaskan dengan mudah
sekali,pemuda itu berasa hairan dan bertanya pada orang tua itu “ bagaimana
engkau dapat mengalahkan aku dengan mudah wahai orang tua”,lalu orang tua itu
menjawab “Aku Adalah Iblis, Aku dapat mengalahkan engkau dengan mudah kerana
engkau tidak ikhlas kerana allah engkau lakukannya kerana engkau marah padaku
sebab tidak mendapat emas, tidak seperti mula-mula dahulu engkau dapat tewaskan
aku dengan mudah kerana engkau ikhlas kerana Allah untuk mencegah kemungkaran
dalam masyarakat engkau”. Apabila pemuda
itu mendengar jawapan iblis ,lalu pemuda itu menangis menyesali akan
perbuatannya kerana menzalimi dirinya sendiri.
Berbeza pula
dengan kisah teladan keikhlasan para sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu
Bakar Assidiq R.A. kisah ini berlaku ketika Abu Bakar Assidiq R.A. menyertai
satu peperangan dan ketika itu Abu Bakar Assidiq R.A. berhadapan dengan seorang
pemuda quraisy dan pemuda tersebut sememangnya sudah tidak mampu berlawan lagi,
lalu pemuda itu “berkata bunuhla aku wahai pembelot quraisy”,lalu pemuda itu
meludah pada wajah Saidina Abu Bakar Assidiq R.A. ketawakan beliau dengan
bangganya…HaHaHaha.
agak-agak
apa yang Saidina Abu Bakar Assidiq R.A. lakukan???Jika kita di kedudukan beliau
mesti kita dah pancung kepala pemuda itu kerana marah…tapi Saidina Abu Bakar
R.A tidak memancung kepala pemuda tersebut tetapi mengambil pedang dan memberikan
kepada pemuda tersebut dan menyuruh pemuda itu bangun dan melawannya. Maka pemuda
itu merasa hairan dan bertanya “wahai Abu Bakar kenapa engkau tidak memancung
kepalaku sedangkan engkau mampu lakukannya kerana aku sudah tidak berdaya dan
tambahan pula aku telah meludah pada wajahmu’ lalu Saidina Abu Bakar R.A
Menjawab “ sekiranya aku memancung engkau tadi, bermakna aku lakukannya kerana
marah dan ianya sia-sia, tetapi aku ingin memancung engkau kerana Kalimah Allah Dan Rasulku”. Lalu pemuda itu berkata
“ajarkan aku Kalimah Allah Dan Rasulmu Wahai Abu Bakar”,kemudian Saidina Abu
Bakar Assidiq Ra mengajar pemuda itu syahadah.Setelah mengucap syahadah, pemuda itu merasakan ketenangan dan
bersemangat untuk membela Kalimah Allah dan Rasulnya, lalu dia bingkas bangun
mengambil pedangnya dan berlari menuju
ke medan perang dan menjadi syahid dalam peperangan tersebut….Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar
hebatnya sifat ikhlas para Sahabat Rasulullah Saw sehinggakan boleh
mengislamkan musuh dalam peperangan….inilah kehebatan keikhlasan..
Kesimpulan dari
cerita ini jika kita buat suatu perkara
kerana suatu ganjaran dari makhluk, memang kita akan seronok mendapat ganjaran
dari makhluk tetapi akhirnya kita sendiri yang akan rugi kerana ganjaran dari
makhluk tidak akan kekal kecuali
ganjaran dari Allah Swt, dan ganjaran dari Allah mungkin kita tidak
dapat lihat sekarang tetapi janji Allah Swt itu pasti dan Insyaallah kita akan
berjaya dunia dan akhirat…
Moga-moga
cerita ini memberi inspirasi kepada kita semua agar sentiasa ikhlas kerana Allah
Swt. Insyaallah
0 Comments