Tuesday, 14 June 2011

MASALAH LELAKI

Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan.
Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca

Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:
  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal
Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan masalah berikut:
  • Terdapat unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah mengidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah pada radiasi yang berlebihan
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
Masalah ini juga mungkin boleh berlaku sekiranya lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita:
  • Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat
  • Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari surgeri atau radiasi

Bagaimana diagnosa dibuat?

Mereka yang didiagnosakan mengalami ‘male infertiliti’ doktor selalu akan membuat pertanyaan berhubung dengan sejarah perubatan yang mungkin ada kaitan ketidaksuburan ini.
Ujian-ujian yang mungkin dilakukan termasuklah:
  • Ujian analisa air mani (klinik LPPKN Ipoh)
  • Ujian darah untuk melihat tanda jangkitan dan masalah hormon
  • Kultur cecair dari penis untuk melihat sebarang  infeksi
Analisa air mani
Analisa air mani adalah satu ujian yang sangat mudah dan dibuat untuk memastikan keadaan sperma. Untuk membuat analisa ini, sampel yang baru, kurang dari setengah jam selepas ejakulasi akan diuji dan dianalisa di makmal. Mereka yang tidak selesa untuk membuat koleksi di klinik boleh memilih untuk menjalani koleksi tersebut dirumah, dengan syarat, rumah mereka dekat dengan klinik tersebut.
Untuk mempastikan yang sampel tersebut optimal untuk ujian yang tepat, pasangan perlu:
  • Menghindari dari seks selama 3-5 hari jangan kurang atau lebih dari itu.
  • Gunakan alat kontainer yang bersih
  • Jangan biarkan ia bocor atau melimpah
  • Jangan gunakan alat pelincir yang boleh membunuh sperma
  • Simpan pada suhu bilik
Kaedah dan analisa
Apabila sampel sampai ke makmal, ia akan di analisa untuk beberapa faktor:
  • Jumlah air mani: Jumlah Air mani yang normal adalah dalam lingkungan 2-6ml dan sekiranya ia tidak normal samada terlalu sedikit atau terlalu banyak, berkemungkinan ada masalah dengan kelenjar vesicle atau prostat. Terlalu sedikit akan menyebabkan sperma sukar untuk memasuki rahim, terlalu banyak pula akan menyebab ia menjadi cair dan mengurangkan kepekatan sperma.
  • Kelikatan: Ini merujuk kepada kebolehan Air Mani untuk kembali dalam bentuk cecair sebaik sahaja ovulasi. Sekiranya air mani tidak cair atau menjadi terlalu pekat, kemungkinan terdapat jangkitan kuman pada kelenjar vesicle dan prostat.
  • PH yang seimbang : Air Mani seharusnya mempunyai pH beralkali untuk memastikan sperma dilindungi semasa melalui ruang faraj yang berasid. Sekiranya Air mani didapati lebih berasid, kemungkinan kelenjar vesicle menghadapi masalah
  • Frukrose: ia adalah komponen penting Air mani kerana ia memberikan tenaga kepada sperma. Ketiadaan unsure ini menunjukkan yang terdapat sumbatan disepanjang salur peranakan lelaki.
Analisa sperma
Semasa pemeriksaan, sperma akan dianalisa tentang jumlah, pergerakkan, bentuk dan kehadiran klumping.
  • Bilangan sperma: Jumlah bilangan sperma yang ada dalam air mani sangat penting kerana sekiranya ia terlalu sedikit, akan member kesukaran untuk hamil. Seorang lelaki dikatakan mempunyai sperma yang sedikit sekiranya dia mempunyai jumlah bilangan sperma yang kurang dari 20 juta/ml. Sekiranya ia jatuh dibawah 10juta/ml dia dikatakan mempunyai sperma yang sangat kurang. Lelaki yang tidak mempunyai sperma langsung dikatakan mempunyai Azoospermia.
  • Pergerakan sperma : Ujian ini akan menilai berapa baik sperma anda berenang. Lebih kuat ia berenang lebih baik peluang untuk sperma sampai ke rahim dan ke salur fallopio. Sperma dinilai dengan mengunakan sistem 4 tahap:
    • Grade 4: sperma mempunayi pergerakkan yang progressif bermakna ia kuat dan bergerak pantas ke depan dengan lurus
    • Grade 3: Sperma bergerak ke depan tetapi berenang dalam keadaan benkang- bengkok.
    • Grade 2 : Sperma bergerak dengan lembab dan tidak progresif kerana hanya ekornya sahaja yang bergerak.
    • Grade 1 : Sperma tidak bergerak langsung.
Sperma yang bagus sepatutnya mempunyai kualiti grade 3 dan 4 Ideal sperm kerana cuma sperma yang aktif sahaja yang akan bersenyawa dengan telur.
  • Bentuk sperma: sperma yang bermutu bukan saja cergas malahan mempunyai bentuk yang normal. Secara ideal, kepala sperma yang normal berbentuk bujur dan bersambung dengan ekor yang panjang dan lurus. Sekirayan bentuk kepala tidak normal amat sukar untuk sperma bersenyawa dengan telur.
  • Clumping: sekiranya sperma melekat-lekat sesame sendiri agak sukar bagi mereka bergerak dengan baik.
  • Sel darah putih: kehadiran sel darah putih yang sedikit selalunya normal, tetapi jika terlalu banyak, ia mungkin menunjukkan tanda jangkitan kuman.

kuiz untuk anda

Ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawab soalan ini dengan spontan..analisis nya selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
( Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

( Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

doa selepas solat

salam kepada pembaca sekalian,
 
bersama ini saya kepilkan doa yang diamalkan oleh Rasullullah SAW selepas solat yang saya ambil dari kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi untuk diamalkan saudara/i sekalian. Doa ini agak panjang kerana ianya gabungan doa-doa ringkas Rasulullah SAW semasa hayat baginda, diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita.
 
ALLAH SWT BERFIRMAN MAKSUDNYA:
'' DAN TUHAN KAMI BERFIRMAN; BERDOALAH KEPADAKU NESCAYA AKAN KU PERKENANKAN DOA KAMU...(SURAH GHAAFIR 40:60)
  
RASULULLAH SAW BERSABDA MAKSUDNYA: 
''DOA SESEORANG HAMBA DARIPADA KAMU TENTU AKAN DIMAKBULKAN SELAMA DIA TIDAK MINTA SEGERA DIKABULKAN DENGAN MENGATAKAN 'AKU SUDAH SERING BERDOA KEPADA TUHANKU, TETAPI MENGAPA BELUM JUGA DIKABULKAN.'' ( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
 
GABUNGAN DOA AMALAN RASULULLAH S.A.W
 "Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan kepadaMu akan petunjuk, ketaqwaan, dapat menahan diri dari melakukan kemaksiatan serta kekayaan - cukup dari kekurangan sehingga tidak meminta kepada orang lain." Ya Allah, berikanlah kepada saya pengampunan, kerahmatan, petunjuk, kesihatan dan rezeki. "Ya Allah, perbaguskanlah untukku akan agamaku yang itu adalah pegangan perkaraku, perbaguskanlah untukku duniaku yang di dalamnya adalah ke-hidupanku, juga perbaguskanlah akhiratku yang di dalamnya itulah tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian itu sebagai istirahat untukku dari segala keburukan. Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan padaMu dari kelemahan dan kemalasan, kelicikan, usia terlampau tua dan kikir. Saya juga mohon perlindungan padaMu daripada siksa kubur dan saya mohon perlindungan pula padaMu dari fitnahnya hidup dan mati." "Juga dari beratnya beban hutang dan dikalahkan oleh orang-orang - yakni jangan sampai berbuat kezaliman ataupun dizalimi orang lain." Ya Allah, sesungguhnya saya telah menganiaya diriku sendiri dengan penganiayaan yang banyak sekali dan tidak dapat mengampunkan semua dosa itu kecuali Engkau, maka berikanlah untukku pengampunan dari hadhiratMu dan belas kasihanilah saya, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Penyayang
Ya Allah, ampunkanlah untukku kesalahan-kesalahan yang saya lakukan dahulu atau yang saya lakukan kemudian - yakni sesudah saat ini, juga yang saya sembunyikan serta yang saya tampakkan dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui tentang itu daripada saya sendiri. Engkau adalah Maha Mendahulukan serta Maha Mengakhirkan dan Engkau adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Ya Allah, berikanlah kepada jiwaku ini untuk dapat bertaqwa kepadaMu, juga sucikanlah jiwaku itu karena Engkau adalah sebaik-baik Zat yang dapat menyucikannya. Engkaulah yang Maha Menguasai serta yang menjadi Tuhannya. Ya Allah, sesungguhnya saya mohon perlindungan kepadaMu daripada ilmu pengetahuan yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak dapat khusyu',dari jiwa yang tidak puas-puas dan dari doa yang tidak dikabulkan Ya Allah, cukupkanlah, saya dengan memperoleh apa-apa yang halal daripadaMu untuk tidak sampai melanggar apa-apa yang menjadi keharamanMu dan perkayakanlah diriku dengan memperoleh keutamaan daripadaMu sehingga tidak memerlukan yang selain daripadaMu."
Ya Allah, berikanlah ilham padaku berupa kelapangan jalanku dan lindungilah saya dari kejahatan diriku sendiri. "Ya Allah, sesungguhnya saya mohon kepadaMu apa-apa yang menyebabkan datangnya kerahmatanMu dan apa-apa yang menyebabkan pengampunanmu, juga selamat dari dosa dan memperoleh dari semua kebaikan, demikian pula berbahagia dengan syurga dan selamat dari siksa api neraka."
(DIPETIK  DARI  KITAB  RIYADHUS  SOLIHIN IMAM  NAWAWI)

Friday, 3 June 2011

PRIMROSE EVENING OIL





EVENING PRIMROSE OIL (EPO)
EPO  SANGAT KAYA DENGAN ESSENTIAL FATTY ACIDS SEPERTI GLA, GLA INI MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING PADA TUBUH KITA DENGAN MENGHASILKAN PROSTALGLANDIN SEJENIS HORMON YANG BANYAK FUNGSINYA UNTUK TUBUH. EPO DAPAT MENGURANGKAN KOLESTEROL, MENGURANGKAN SIMPTOM PMS DAN MENAMBAHKAN CECAIR MUKUS SERVIKS(CMS),.
CMS INI TERHASIL SEMASA BERLAKUNYA OVULASI IAITU PROSES PENGHASILAN TELUR DARI OVARI WANITA. PADA MASA OVULAS/HARI SUBURI AKAN TERHASILNYA CMS SEPERTI PUTIH TELUR YANG JERNIH DAN CAIR (BAGI WANITA YANG NORMAL) BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU SPERMA LELAKI BERENANG MENUJU KE TELUR UNTUK PERSENYAWAAN SEMASA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM. SEKIRANYA ANDA SEMUA ALERT TERHADAP HARI SUBUR, ANDA AKAN DAPATI SUATU CECAIR YANG JERNIH TERHASIL SEMASA HARI SUBUR. CECAIR INI DIPANGGIL CECAIR MUKUS SERVIKS.
CIRI-CIRI BAGI WANITA YG NORMAL
CMS YANG BAGUS ADALAH BERWARNA JERNIH SEPERTI PUTIH TELUR, CAIR TIDAK BERLENDIR SEPERTI KAHAK( ANDA BOLEH MEMERIKSA SENDIRI DENGAN MEMASUKKAN JARI YANG BERSIH PADA VAGINA PADA MASA OVULASI/HARI SUBUR). CMS SEPERTI INI AKAN MEMUDAHKAN SPERMA UNTUK BERENANG DAN MENUJU KE TELUR UNTUK PERSENYAWAAN.
CIRI-CIRI BAGI WANITA YG ABNORMAL
PADA MASA OVULASI SESETENGAH WANITA AKAN MENGALAMI KEKERINGAN CMS IATU CMS TIADA, CMS DIHASILKAN TETAPI TIDAK JERNIH, PEKAT DAN BERLENDIR. CMS SEPERTI INI AKAN MENYEBABKAN SPERMA TIDAK DAPAT BERENANG DENGAN MUDAH DAN SEBABKAN SPERMA MATI SEBELUM BERJUMPA DENGAN TELUR.
CARA PENGAMBILAN
EPO DIMAKAN SEBIJI SEHARI BERMULA DARI HARI HAID YANG PERTAMA SEHINGGA HARI SUBUR, SEMASA HARI SUBUR DAN SETERUSNYA HENTIKAN PENGAMBILAN EPO. BULAN SETERUSNYA SEPERTI BIASA IAITU PADA HARI PERTAMA HAID HINGGA HARI SUBUR. KESAN PENGAMBILAN INI MUNGKIN MENGAMBIL MASA DAN  BERGANTUNG PADA SETIAP INDIVIDU. DOS YANG DIGUNAKAN HENDAKLAH BERMULA DARI DOS YG RENDAH IAITU DARI 500MG-1000MG-1500MG MENGIKUT KESESUAIAN INDIVIDU. SEKIRANYA ANDA TELAH MULA DENGAN DOS YG RENDAH SELAMA BEBERAPA MINGGU DAN TIADA PERUBAHAN MAKA ANDA BOLEH MENGGUNAKAN DOS YG TINGGI SEDIKIT. SEKIRANYA BERJAYA DAN ANDA MENGANDUNG HENTIKAN PENGAMBILAN EPO UNTUK MENGELAKKAN KEGUGURAN. ANDA BOLEH TERUSKAN DENGAN PENGAMBILAN ACID FOLIC DAN MEMINUM SUSU UNTUK IBU MENGANDUNG
(SESIAPA YG BERJAYA MELALUI KAEDAH INI BOLEHLAH BERKONGSI PENGALAMAN)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

© 2013 KESUBURAN/SUBFERTILITI. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top